RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN PRASEKOLAH
Kelas : Prasekolah
Masa : 60 minit
Tema : Buah-buahan
Subtema : Jus Minuman
|
|
Fokus :
|
BM 1.0 Kemahiran
Mendengar
|
Standard Kandungan
|
BM 1.1 Mendengar
dengan penuh perhatian.
|
Standard Pembelajaran
|
BM 1.1.7 Mendengar
dan bertindak balas mengikut arahan mudah.
|
Kesepaduan Standard
Pembelajaran
|
PM 14.1.1 Melakukan
aktiviti secara berkumpulan.
|
Objektif :
|
Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran, murid dapat:
a)
Menyatakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Jus
Mangga.
b) Menyediakan
Jus Mangga
|
Bahan :
|
Mangga masak, air,
gula, susu cair, gelas, mesin pengisar, tempat memotong, sarung tangan
plastik, pisau dan kad gambar buah-buahan.
|
Kosa Kata:
|
Hiris, tuang, tambah,
kisar, potong
|
JUS MANGGA
LANGKAH
PENGAJARAN
LANGKAH
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
i. Guru
bersoaljawab dengan murid tentang buah-
buahan.
ii. Guru
menunjukkan gambar buah-buahan dan
meminta murid menamakan buah-buahan tersebut.
iii. Murid
diberi minuman dan guru meminta murid
menyatakan minuman apa yang sedang mereka minum.
Jawapan:
Jus Mangga
|
-
Kad gambar
buah-buahan
|
Langkah 1
(15 minit)
|
i.Guru
bersoaljawab dengan murid tentang cara-cara membuat Jus Mangga.
ii.Guru
menunjukkan senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Jus Mangga.
iii.Murid
menyebut nama-nama bahan tersebut
·
1
biji mangga masak
·
1
gelas air
·
Susu
cair
·
Gula
(secukup rasa)
·
Mesin
pengisar
·
Pisau
·
Sarung
tangan plastik
·
Tempat
memotong
|
|
Langkah
2
(15
minit)
|
1. Guru menerangkan langkah-langkah untuk membuat “Jus Mangga”.
i) Kupas mangga dan hiris nipis-nipis
ii) Masukkan hirisan mangga ke dalam mesin pengisar.
iii) Tuang susu cair dan gula secukup rasa serta air ke dalam mesin pengisar.
iv) Kisar semua bahan tersebut sehingga hancur dan menjadi jus.
v) Tuang jus ke dalam gelas untuk di minum.
|
-
Mangga
-
Mesin
pengisar
-
Air
-
Susu
cair
-
Gula
-
Pisau
-
Tempat memotong
-
Sarung
tangan
|
Langkah
3
(20
minit)
|
i. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
ii.Guru mengedarkan bahan-bahan kepada setiap
kumpulan.
iii.Murid dikehendaki menyediakan Jus Mangga
mengikut langkah-langkah yang telah
diterangkan.
iv. Proses mengupas, memotong/menghiris dan
mengisar akan dibantu oleh guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM ).
v. Murid merasa minuman Jus Mangga yang telah
mereka sediakan.
vi.Guru dan PPM membantu murid mengemas
peralatan dan bahan yang telah digunakan.
|
|
Penutup
(5
minit)
|
i. Guru
bersoaljawab dengan murid tentang
pengalaman dan cara-cara yang telah mereka lakukan untuk membuat Jus minuman sendiri iaitu “Jus Mangga”.
ii.Guru
menerangkan selain mangga terdapat juga
buah-buahan lain yang boleh dijadikan jus minuman. |
|
Anijosfina binti
Musa
|
PPG/42608/12
|
Zutantie binti Muhd Zam Zam
|
PPG/42949/12
|
Hashimah binti
Harun
|
PPG/42685/12
|
Nurhidayah binti
Husin
|
PPG/42830/12
|
Faezah binti Ali Ishar
|
PPG/42665/12
|
4 comments:
terima kasih kawan-kawan..;)
...rpt yang terperinci..syabas...
nak doc ni.boleh?.memberi idea baru dlm membuat rph..tq... rohaniyaacob@gmail.com
marvellous...gud job
Post a Comment